"Jangan pernah takut pada perubahan"
Perubahan?
Perlu ke kita menjalani perubahan?
kan lebih elok kita disini sahaja,
disuatu tempat atau keadaan yang kita sudah terbiasa.
satu kehidupan yang semuanya sama sahaja...
satu titik yang statik, tanpa maju ke belakang atau kehadapan
Perubahan...
itu membawa satu pengharapan..
Samada kita bakal berjaya atau tidak
sepertimana kita berubah dari pelajar sekolah ke pelajar universiti
dan dari pelajar universiti, kita berubah menjadi seorang yang bekerjaya..
perubahan itu juga satu permulaan dan pengakhiran ...
Perubahan....
itu pasti berlaku.
samada kita sedar atau tidak
sepertimana kita berubah dari anak kecik ke remaja..
dan dari remaja, kita berubah menjadi dewasa...
perubahan itu satu proses kehidupan kan?
Perubahan...
itu membawa satu pengharapan..
Samada kita bakal berjaya atau tidak
sepertimana kita berubah dari pelajar sekolah ke pelajar universiti
dan dari pelajar universiti, kita berubah menjadi seorang yang bekerjaya..
perubahan itu juga satu permulaan dan pengakhiran ...
maka diakhirnya .... "Jangan takut pada perubahan"
No comments:
Post a Comment