Aku tidaklah sebegitu hebat dalam mentafsir sebuah cerita,
tidaklah juga hebat dalam memberi pendapat yang bernas
namun aku ada disitu .
ada disisi mereka
ada sedia memberi telinga untuk mendengar
ya! ketika gadis itu berbicara .....
ini kisah 2 gadis berbicara kisah yang berbeza,
namun konsepnya satu.. perihal cinta dan bahagia .
Gadis pertama ini aku kenali secara formal padamulanya.
namun, kami semakin rapat menjadi sahabat....
gadis itu memulakan bicara bahawa kisah cintanya tamat.
cinta disemai selama hampir 4 tahun layu.
mungkin ia pernah memberikan harapan untuk ia berkembang mekar,
manum siapa sangka ia layu di tahun ke -empat .
aku disitu terkaku . kekok barangkali
memberi telinga untuk mendengar,
memberi pendapat agar dpt membantu...
perit dihati kerna aku pernah mengalaminya.
namun diakhirnya gadis pertama mengatakan
bahawa diri ingin bahagia, namun punya halangan dihati ...
kerna, takut hati disakiti lagi, tak dpt memberi hati kepada mereka y ingin memilikinya
gadis kedua aku kenali sejak dahulu
kawan, sahabat, penyeri, kehidupan aku dari zaman remaja
gadis itu memulakan bicara tatkala kami enak makan dimeja subway
ceritanya berbeza... kerna faktor usia mungkin?
satu persoalan ditujukan kepada aku buat aku melayang jauh
dia berkata
" Janie, bagaimana nak gembira? bahagia?"
aku hanya mampu membalas
"kita berlakon gembira, in shaa Allah nanti kita betol-betol gembira"
mengapa balasan itu yang aku lontarkan?
lantas aku membuat satu statement ....
"gembira, bahagia itu subjektif... kita mungkin rasa kita bahagia sekrang ini . bahagia tahap tertinggi namun tanpa sedar, esok nya kita lebih gembira" ...
aku cuba bersifat optimis dihadapan gadis itu.....
bukan apa, aku sendiri tak tahu mana nak cari jawapannya ...
namun, setelah berfikir.
aku rasa aku mendapat jawapan yang terbaik untuk kedua gadis yang aku sayangi itu
Hati itu dihalang kerna Allah masih sayang kita
dijaganya hati kita untuk dibuka untuk seseorang yang mungkin
mampu memekarkan kembali cinta yang telah layu
Apa itu bahagia hanya akan terjawab apa bila hati kita tenang
untuk mendapat ketenangan, kita cuba kembali kepada jalannya..
Allah mampu gerakkan hati kita untuk bahagia dan juga gembira...
apa yang patut kita buat adalah bersyukur kepada Allah dan minta redhaNYA .
kepada kedua gadis tersebut,
aku punya rasa yang sama
mari kita memperbaiki diri agar kita mendapat yang lebih dikemudiannya.
Assalamualaikum
____________________________________________
Warkah ini aku coretkan di blog pada 20 Mei 2013.
Diketika itu, tiada satu diantara dua gadis itu mengetahui akan apa yang bakal terjadi.
Alhamdulillah, diketika aku post kembali warkah ini,
Gadis pertama bakal mendirikan rumah tangga esok ( 24 Julai 2015)
Gadis kedua telah berumah tangga .
Syukur, bahagia yang mereka inginkan telah mereka kecapi