Saturday, October 17, 2015

. Dear Kesayangan .

0 comments
Kisah ini adalah tentang Persahabatan, Kesengalan, Kesetiaan, Percintaan dan Keharmonian sejagat.




Sesi perkenalan  kita dengan seseorang itu unik.
kita boleh kenal akan seseorang itu ketika di bangku sekolah
kita juga boleh berkenalan dengan seseorang ketika sedang belajar di Universiti
Kenalan ketika kerja, dan dengan beberapa acara yang lain . 
perkenalan aku dan dia tidak la begitu unik, 
tapi perjalanan persahabatan kami dan kisah-kisah didalamnya itu menarik.
dan jika di bukukan, barangkali boleh jadi buku best seller (perasan sendiri tanpa malu..he he he)



Rinie Abd. Raman . 
Pernah tertanya dahulu diawal perkenalan 
"memang nama kau Rinie jer ker? Takde nur? takde pape?"
Dia membalas ringkas 
"takde . 
Selepas itu keadaan hening sambil makan tempe goreng dan cucur. 
Namun begitu, selepas 5 minit, ada sahaja perkara pelik dan jelik dibincangkan
kemudian keduanya gelak besar dan berkata-kata sarkastik . 


Persahabatan kami simple, sesimple namanya. 
Kami hangout bersama seperti sahabat yang lain,
kami pergi shopping bersama kadang kala, sama seperti sahabat yang lain
kami menikmati lepak kopi bersama, sama seperti orang kebanyakkan
kami lepak kedai mamak sambil berbincang masalah duniawi (or actually masalah dunia kami)
Namun, kadangkala konsep lepak kami itu ada tercampur hal-hal sengal-sengal,
tapi sengal yang saya sayang.


Orang kata,
Persahabatan sejati itu adalah apabila "tak ada seorang pon mengerti" 
ohw itu kata mereka. kata aku sahabat sejati itu bila
"secara sempoinya sahabat kita itu memahami dan saling berinteraksi
kpd kita saat kita lagi typo dan memberi satu perkataan sahaja"  .
Contohnya...

Whatsapp Conversation
Janie : Fariz?
Rinie : ok?
Janie: Jam?
Rinie: 5:30
Janie: ok

dan perbualan panjang nya berlaku ketika #FarizMajuMoment.


Bagaimana kita tak sayang sahabat yang
Pergi kemana-mana akan beli kan something untuk kita,
yang tahu apa coklat yang kita suka ,
mendengar masalah kita walau sejelik dan pelik mana pon,
bersama kita buat road trip, bercuti dan melayan aktiviti "mengidam makan sesuatu",
mengetahui rakan-rakan kita secara tak langsung,
berkongsi idea pelik tentang roti bakar inti sardin dan kaya...(erk?)
melayan perbuatan pelik dan perbincangan secara sarkastik,
yang paling penting, selalu ada dikala saat sukar.
dan diakhirnya saya sayang beliau.

Beliau saya punya Kesayangan , Best Sengal Friend, My Cik Carrot,




Beliau akan tamatkan zaman bujangnya hari ini .
Bersama Incek Kerol, akan melayari kehidupan "suami isteri"
Tapi saya tahu, beliau pasti tetap akan menjadi seorang isteri yang baik
sebagaimana dia sentiasa jaga dan ada untuk saya,
seperti itu dan mungkin lebih lagi dia akan ada untuk suami beliau.
bukannya tak pernah lepak bersama, pernah aja.
dan ternyata, mereka itu saling melengkapi .


Ketika melihat perhubungan mereka itulah saya tahu ....
walau kerol berasal dari Kuantan,
teknologi itu mampu menemukan dua insan . he he he
Namun,

"Walau cinta itu satu yang tidak dirancang...
Namun kebahagiaan itu hasil ciptaan bersama "


So,
hari ini adalah hari pernikahan & persandingan Rinie & Kerol .
I'm gonna be there soon. (Right after writing this, dah kene siap )
dikesempatan baki masa 3 jam sebelum kami berdua bernikah,
diucapkan Selamat Berkahwin and Selamat menuju ke kehidupan baru .
Sentiasa menyokong satu sama lain , hingga akhir hayat .

Kepada Kerol ,
Jika membaca warkah ini,
you'll know how I sayang this future wife of yours.
maka, jagalah beliau molek-molek .
sayang la beliau ketat ketat okeh .


Kepada Rinie,
Bak kata Raditya Dika, "Dalam kehidupan itu pasti ada perpindahan"
dan tak lama lagi kau akan berpindah masuk ke rumah yang baru.
tapi walau begitu, aku masih ada disini, disisi kau . sepertimana hari hari yang lalu .
You'll always be my Best Sengal Friend.

Love you XoXO